AUDIT DALAMAN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU
Audit Dalaman Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah dilaksanakan bermula pada 15-18 Ogos 2016. Objektif audit adalah bagi menilai kecekapan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti PMJB berdasarkan Keperluan ISO 9001:2008 dan MS 1900: 2014. Skop pengauditan melibatkan proses Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Diploma dan Sokongan di bahagian/unit yang dikenalpasti. Seramai 22 orang juruaudit diketuai oleh Puan Nurlinda Binti Abdullah telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai juruaudit dalam PMJB bagi memastikan tahap kualiti perkhidmatan PMJB pada tahap yang cemerlang serta mematuhi keperluah Syariah.
Pihak pengurusan PMJB telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap perlaksanaan sistem kualiti MS ISO 9001:2008 dan MS 1900:2014. Semua jabatan dan unit yang diaudit melaksanakan proses sepertimana yang telah digariskan di dalam Prosedur Kualiti yang selaras dengan dasar dan objektif kualiti di dalam Manual Kualiti. Kekuatan organisasi dapat dilihat dari segi persediaan rekod-rekod kualiti dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh auditee sepanjang audit dilaksanakan.
Secara keseluruhannya, proses pengauditan berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada pihak pengurusan, juruaudit dan auditee.
![]() |
Proses temubual bersama Puan Siti Fatimatuz Zahra Binti Hussin
dilaksanakan di Unit Psikologi dan Kerjaya
|
![]() |
Kaedah audit persampelan ke atas dokumen dilakukan
di Unit Kewangan
|
![]() |
Pembentangan dapatan audit pada Majlis Penutup Audit Dalam
pada 18 Ogos 2016
|
Disediakan oleh telah ditandatangan NURLINDA ABDULLAH KETUA JURUAUDIT |
Disahkan oleh
telah ditandatangan
HJH FATIMAH BINTI HUSSEIN
KETUA JABATAN AKADEMIK
|