Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

LAWATAN AKADEMIK KE SCHAEFER SYSTEMS INTERNATIONAL SDN. BHD.

 LAWATAN AKADEMIK KE SCHAEFER SYSTEMS INTERNATIONAL SDN. BHD.
ANJURAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN (DLS), PMJB

Satu lawatan akademik telah dibuat ke Schaefer Systems International Sdn. Bhd. (SSI), Simpang Renggam oleh pelajar DLS Semester 3B pada 10 Ogos 2016. Seramai 25 orang pelajar DLS 3B telah menyertai lawatan akademik ini beserta 3 orang pensyarah pengiring.

 

SSI Schaefer merupakan perniagaan keluarga dari German dan ianya adalah salah sebuah pembekal sistem rak di dalam gudang yang terbesar di Malaysia. Kedatangan pelajar dan pensyarah Politeknik METrO Johor Bahru telah disambut baik oleh Penolong Pengurus Sumber Manusia, Mr Sanjeev Janardhanan.

Sesi lawatan telah berjalan dengan lancar apabila pelajar dan pensyarah telah diberi penerangan dengan lebih jelas tentang operasi yang berlaku di dalam gudang. Pelajar dan pensyarah telah dibahagikan kepada dua kumpulan bagi sesi penerangan yang dikendalikan oleh Penyelia Gudang, Puan Halimah dan Mr Goh. Secara keseluruhan, lawatan akademik ini telah meningkatkan kefahaman pelajar dalam bidang pengoperasian gudang serta memahami proses PdP di luar bilik kuliah dengan lebih baik.

Disediakan oleh : Cik Zety Shakila Binti Mohd Yusof

Gambar 1: Pelajar dan pensyarah PMJB sedang berjalan masuk ke dalam gudang

Gambar 2: Kata-kata penghargaan dari ketua kelas pelajar DLS 3B, Mohd Ali Imran bin Mohd Ekbal selepas lawatan dijalankan

 

Gambar 3: Sesi penyampaian cenderamata dari pihak Politeknik METrO Johor Bahru yang telah disampaikan oleh En Muhammad Adib Bin Ishak kepada Mr Sanjeev Janardhanan

Gambar 4: Sesi bergambar di depan lobi syarikat Schaefer Systems International Sdn. Bhd.