Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Pengenalan

Unit TSP/PSH/Persijilan Profesional Politeknik METrO ditubuhkan sebagai satu unit yang mentadbir urus segala urusan yang berkaitan dengan kursus-kursus yang melibatkan orang awam atau industri yang ingin mempertingkatkan diri dan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu berubah dalam persekitaran pasaran kerja yang dinamik. Program PSH yang dijalankan di seluruh Politeknik di Malaysia dinamakan sebagai Program Time Sector Privatisation (TSP) atau dalam bahasa Melayu disebut sebagai Program Penswastaan Sektor Masa.

 (1) Program TSP adalah program yang dilaksanakan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran agar program yang dirancangkan tidak menjejaskan aktiviti harian di Politeknik. Lebih ramai tenaga kerja mahir dan berkebolehan dapat dilatih dengan menggunakan secara optimum kemudahan yang sedia ada di Politeknik.

(2) PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) - Proses pembelajaran yang melibatkan individu yang berusia 15 tahun dan ke atas kecuali pelajar profesional. Pelajar profesional adalah mereka yang mendaftar secara sepenuh masa di sesebuah institusi pengajian tinggi atau institusi latihan kemahiran atau sekolah dengan tujuan untuk memperolehi kelayakan akademik atau meningkatkan kemahiran.Namun bagi mana-mana program di luar bidang pengajian yang diikuti oleh pelajar sepenuh masa boleh dikira sebagai program PSH seperti kursus persediaan Malaysian University English Test (MUET).

(3) KURSUS TERLANGGAN: Kursus yang dibangun dan dilaksanakan khusus bagi memenuhi keperluan spesifik organisasi atau industri tertentu.

(4) KURSUS JANGKA PENDEK: Kursus yang dilaksanakan oleh politeknik kepada individu, komuniti, sektor awam dan swasta bagi memenuhi keperluan komuniti setempat