Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel
Tapis
  • Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS1900:2014 & iso 9001:2008 Oleh Sirim

    Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) sedang berusaha mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900:2014 dan ISO 9001:2008. Sehubungan itu tanggal 12-13 Oktober 2016, pihak SIRIM telah melaksanakan Audit Pemantauan di PMJB dengan jayanya. Pasukan audit daripada pihak SIRIM terdiri daripada Pn. Hajah Hanida Binti Ghazali (Ketua pasukan audit), Pn. Asiyah Binti Haron (Ahli pasukan audit) dan Dr. Mohd Nazri Bin Mohd Noor (Pakar Teknikal Shariah).

    Daftar untuk baca lagi...

  • Lawatan Akademik : Eksplorasi Komunikasi Penyiaran Islam

    UNIT PENGAJIAN UMUM, JABATAN AKADEMIK PMJB
    TARIKH PELAKSANAAN:
    5-6 OKTOBER 2016


    Lawatan Akademik Eksplorasi Komunikasi Penyiaran Islam yang di anjurkan oleh Unit Pengajian Umum, Jabatan Akademik PMJB, dibawah kelolaan Ustaz Khairul Nizam B  Mohd Khalid telah berlangsung pada 5 & 6 Oktober 2016. Lawatan ini melibatkan 90 orang pelajar bagi kedua- dua program diploma yang mengambil kursus/ modul DUA 6022 Komunikasi & Penyiaran Islam. 4 orang pensyarah pengiring turut serta dalam mengawalselia lawatan akademik ini ialah En Khairul Nizam B Mohd Khalid, En Mohd Fazrin B Hamdan, Pn Elyn Bt Mohd Ridzwan dan Pn Azrina Dullah Hussein.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Program Lawatan Akademik Ke Sedili Wetland, Kota Tinggi, Johor

    Unit ko-kurikulum, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan satu lawatan akademik ke Sedili Wetland, Kota Tinggi, Johor pada 06hb Oktober 2016 (Khamis). Program ini melibatkan seramai 27 orang pelajar ko-kurikulum DRK3132 – Mesra Alam bersama-sama dengan 3 orang pensyarah pengiring.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Program Gerak Usahawan Kampus 2016

    Politeknik METrO Johor Bahru telah menganjurkan Program Gerak Usahawan Kampus 2016 (Zon Selatan) pada 29 September 2016. Program keusahawanan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar serta menerapkan unsur-unsur teori dan praktikal keusahawanan kepada peserta khususnya dari politeknik zon selatan. Selain penglibatan Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Mersing, program ini juga telah melibatkan komuniti setempat.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Perutusan Pengarah Bulan Oktober 2016

     aslm

     

    Bulan ini saya ingin memberi perhatian yang lebih sedikit kepada anak-anak di PMJB. Ini tidak bermaksud kasih sayang dan penghormatan saya telah berkurangan kepada pensyarah dan staf semua. Hanya Oktober ini ada hari istimewa untuk anak-anak kita. Mari kita mengalihkan sebentar perhatian, tumpuan, keperihatinan, kasih sayang dan doa kita kepada anak-anak PMJB yang sedang meniti hari-hari akhir sebelum memulakan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2016 mulai 22 Oktober 2016 – 05 November 2016.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Pertandingan EDOLA 2016 (CIDOS Inspiring Learning Awards)

    Tahniah PMJB!
    Pertandingan EDOLA 2016 (CIDOS Inspiring Learning Awards)
    Tempat kedua bagi EMCC (E-Micro Content Competition) kategori video. Setinggi penghargaan buat pelajar DLS PMJB Mohd Afif Iqbal, Mohd Naqib dan Mohd Syahidan,
    Tahniah juga diucapkan kepada pelajar DLS PMJB yang tercalon di dalam kategori yang sama iaitu Janani a/p Muthusamy, Fatimah bt Abu Bakar dan Nor Aliah bt Mohd Ali.

    Daftar untuk baca lagi...