Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Objektif

  • Menjadi perantara antara pelajar dan pihak pengurusan kolej dalam sebarang aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan dan keselesaan kehidupan pelajar politeknik.
  • Menyelia kemudahan-kemudahan yang diperlukan oleh pelajar dari semasa ke semasa.
  • Membuat cadangan, maklumbalas dan rayuan kepada pihak pengurusan mengenai perkara-perkara yang dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik-bilik kuliah/tutoran/makmal, dan perpustakaan.
  • Membantu pihak pengurusan dalam menguatkuasa dan memelihara sahsiah pelajar dari semasa ke semasa ke semasa.
  • Membantu pihak pengurusan meningkatkan dan memupuk semangat perpaduan dan persefahaman di kalangan pelajar.
  • Merancang, menguruskan dan menjalankan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan kebenaran pihak pengurusan politeknik dari semasa ke semasa.

Slogan JPP

"Kewibawaan Siswa ke Generasi Kegemilangan"

Visi Dan Misi

Visi

  • Melatih dan mendidik barisan kepimpinan pemimpin peringkat Politeknik METrO Johor Bahru.
  • Menjadi pengantaraan dan saluran rasmi perhubungan antara pelajar dengan pihak pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru
  • Membantu pihak pengurusan dalam mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan membantu para pelajar untuk memohon keperluan-keperluan yang diperlukan oleh pihak pelajar bagi menjaga kebajikan serta memudahkan pengurusan.
  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program yang dapat membantu pelajar Politeknik METrO Johor Bahru
  • Peneraju ke arah pembangunan modal insan.

Misi

  • Merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti untuk pelajar
  • menggalakkan penyertaan aktif pelajar pelbagai etnik dan agama dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
  • Menyediakan saluran perhubungan bagi membantu menyampaikan permasalahan dan cadangan pelajar berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
  • Perintis ke arah inovasi terkini.