Unit Peperiksaan bertanggungjawab untuk;
-
Menyedia, mendokumen dan menyerahkan senarai nama pelajar yang tamat pengajian untuk diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menyediakan statistik peperiksaan akhir semester bagi rujukan Bahagian Pengurusan Politeknik dan pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru.
-
Menyediakan diploma pelajar yang telah tamat pengajian setelah memenuhi keperluan program.
-
Menyedia, memproses dan mengeluarkan keputusan peperiksaan semester akhir pelajar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
-
Melaksana, menyelaras dan mengemaskini perubahan baru dalam peperiksaan politeknik dari semasa ke semasa merujuk kepada keperluan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Sektor Pengurusan Politeknik.
-
Melaksana dan mengemaskini proses penilaian dan peperiksaan merujuk kepada Panduan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik
-
Melaksana, menyelaras dan memantau peraturan penilaian peperiksaan yang sedang dijalankan oleh jabatan.
-
Mengurus, mendokumen dan merekodkan perkara yang berkaitan peperiksaan.
Unit Peperiksaan Politeknik METrO Johor Bahru mula beroperasi pada sesi Disember 2011. Unit ini berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan peperiksaan di PMJB. Unit Peperiksaan ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan (DH41) dengan dibantu oleh dua orang Penyelaras Peperiksaan Program yang telah di lantik dari dua Program yang dijalankan di PMJB.
Penyelaras Peperiksaan berperanan menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan penilaian, data, bank soalan dan pensijilan. Tugas Pegawai Peperiksaan adalah bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk Program masing - masing.
Unit Peperiksaan dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti komputer, mesin cetak, dan sebuah bilik keselamatan (kebal) khas untuk menyimpan kertas- kertas soalan peperiksaan akhir.