-
Menyelaras aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat PMJB
-
Menyelaras, merancang, mengurus dan memantau pembentangan kertas kerja di seminar, bengkel, persidangan peringkat politeknik, kebangsaan maupun antarabangsa.
-
Bertanggungjawab sebagai sekretariat dalam penilaian hasil penyelidikan dan inovasi pensyarah
-
Menyelaras keperluan sumber dan bajet bagi menjalankan aktiviti penyelidikan dan inovasi
-
Merancang, mengurus dan memantau penyelarasan dan penyeliaan projek / aktiviti ilmiah pelajar dan pensyarah.
-
Merancang, mengurus dan memantau perlaksanaan dan pengumpulan penulisan dan penerbitan kertas kerja, hasil kajian, penyelidikan samada berbentuk ilmiah, pendidikan atau kepakaran.
Unit penyelidikan dan inovasi PMJB diujudkan pada tahun 2012.
Matlamat : menghasilkan bahan penyelidikan bermutu tinggi serta menguruskan penyelidikan dan inovasi dengan lebih teratur dan sistematik.
Misi : membudayakan aktiviti penyelidikan dan inovasi di kalangan tenaga akademik dengan berwibawa dan cekap.
Visi : menjadikan UPI sebagai pusat rujukan penyelidikan dan inovasi terbaik.
OBJEKTIF:
1. Merancang dan melaksanakan aktitiviti berkaitan penyelidikan, inovasi dan pengurusan pengetahuan.
2. Melaksanakan pengurusan bank data penyelidikan dan menyebarkan dapatan penyelidikan dalam bentuk jurnal/buletin/diges.
3. Menjadi pusat penyelarasan aktiviti penyelidikan dan inovasi.
4. Menyebar dan mengurus maklumat di peringkat politeknik.
5. Menjadi pusat pengumpulan maklumat dan penghasilan rekod produk / bahan projek, dan inovasi politeknik.