PNICC21_header

SYARAT DAN PENDAFTARAN

SYARAT AM DAN KRITERIA
KATEGORI A, B, DAN C: PERTANDINGAN PRODUK INOVASI
KATEGORI A : SAINS TEKNOLOGI
KATEGORI B : SAINS SOSIAL
KATEGORI C : PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

 

  1. TERBUKA kepada semua peserta daripada warga sekolah / politeknik / kolej komuniti / IPTA / IPTS / Jabatan Kerajaan
  2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU/BERKUMPULAN, maksimum LIMA (5) orang peserta (pelajar/pensyarah/gabungan pensyarah dan pelajar)
  3. Idea inovasi yang dipertandingkan mestilah karya atau idea asli yang tidak ditiru dari mana-mana sumber. Sekiranya peserta didapati melanggar syarat tersebut, secara automatik penyertaan adalah TERBATAL dan hadiah kemenangan akan ditarik balik.
  4. Sesuatu rekacipta atau inovasi boleh dikemukakan dalam bentuk pro-siri atau sampel komersial, artikel yang dikeluarkan, prototaip, model, pelan, lukisan, gambar dan teks.
  5. Bagi rekacipta atau inovasi yang telah dipertandingkan dan telah memenangi mana-mana pertandingan inovasi terdahulu, pengubahsuaian TIDAK KURANG dari 30% ke atas inovasi tersebut perlu dilakukan.
  6. Setiap penyertaan WAJIB menghantar ABSTRAK, LAPORAN INOVASI, LAPORAN TURNITIN dan VIDEO PEMBENTANGAN yang direkodkan bagi setiap produk inovasi.
  7. ABSTRAK perlulah dihantar mengikut panduan dan format berikut (Panduan Abstrak) dan dihantar melalui pautan berikut (PENDAFTARAN) sebelum atau pada 15 Mac 2024.
  8. PENDAFTARAN : https://bit.ly/BorangPendaftaranPNiCC2024
  9. LAPORAN INOVASI dan VIDEO PEMBENTANGAN perlulah dihantar mengikut panduan dan format berikut (Panduan Laporan Inovasi) dan (Panduan Video) dan dihantar melalui pautan berikut sebelum atau pada 19 April 2024.
  10. LAPORAN INOVASI perlu melalui proses semakan plagiarism menggunakan TURNITIN.
    KEGAGALAN MENYERTAKAN LAPORAN TURNITIN MENYEBABKAN LAPORAN INOVASI TIDAK DITERBITKAN DALAM PROSIDING.

Kategori A (https://bit.ly/PenghantaranDokumenKategoriASainsdanTeknologi)

Kategori B (https://bit.ly/PenghantaranDokumenKategoriBSainsSosial)

Kategori C (https://bit.ly/PenghantaranDokumenKategoriCPengajarandanPembelajaran)

 

 

KATEGORI D: BUSINESS PITCHING (90-SECOND VIDEO PITCHING)

  1. TERBUKA kepada semua peserta daripada politeknik / kolej komuniti / IPTA / IPTS / Jabatan Kerajaan
  2. Penyertaan adalah secara INDIVIDU mewakili satu produk/idea inovasi.
  3. Setiap SATU (1) PENYERTAAN KATEGORI D BUSINESS PITCHING akan diberikan SATU (1) e-sijil penyertaan.
  4. Setiap penyertaan WAJIB menghantar ABSTRAK, LAPORAN INOVASI dan 90-SECOND VIDEO PITCHING yang direkodkan bagi setiap produk inovasi.
  5. Video 90-Second Pitch TIDAK BOLEH melebihi 90 saat. Penyertaan akan DITOLAK serta merta jika video melebihi tempoh yang ditetapkan.
  6. ABSTRAK perlulah dihantar mengikut panduan dan format berikut (Panduan Abstrak) dan dihantar melalui pautan berikut (PENDAFTARAN) sebelum atau pada 15 Mac 2024.
  7. PENDAFTARAN : https://bit.ly/BorangPendaftaranPNiCC2024
  8. LAPORAN INOVASI dan 90-SECOND VIDEO PITCHING perlulah dihantar melalui pautan berikut (https://bit.ly/PenghantaranDokumenKategoriDBusinessPitching) sebelum atau pada 19 April 2024 mengikut panduan dan format
  9. berikut ;
    1. Panduan Laporan Inovasi
    2. Panduan Video
Hits: 7090

Carian