03/13 2013

Latar Belakang

Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) mula beroperasi pada 01 April 2011 dan merupakan Politeknik METrO yang ketiga ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia selepas Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) dan Politeknik METrO Kuantan (PMKU). Kewujudan Politeknik METrO  melebarluaskan akses pendidikan dan latihan kepada lepasan SPM dan juga golongan yang sedang bekerja (working adults).

Program pengajian yang ditawarkan oleh PMJB bertujuan untuk memenuhi permintaan di sektor perkhidmatan. Sektor ini mengalami pertumbuhan pesat kini dan dijangka akan terus berkembang di pada  masa akan datang.Premis tetap PMJB terletak di wilayah pembangunan Iskandar Malaysia. Iskandar Malaysia adalah koridor pembangunan yang menjadi flagship economic projectkerajaan Malaysia. Sektor perkhidmatan adalah tonggak utama yang dominan dalam ekonomi Iskandar Malaysia. PMJB komited membangunkan modal insan inovatif dari kalangan warga Johor Bahru khususnya rakyat Malaysia secara amnya bagi menyokong sasaran aktiviti ekonomi Iskandar Malaysia.

Penubuhan Politeknik  METrO adalah seiring dengan agenda transformasi Negara iaitu meningkatkan daya saing melalui pembangunan ekonomi berpendapatan tinggi terutamanya dalam aspek menjana modal insan yang serba boleh dan mampu untuk berubah dalam persekitaran  pasaran kerja yang dinamik. Sasaran pelajarnya ialah lepasan SPM dan golongan pekerja (working adults) yang memerlukan up-skilling dan re-skilling.

Konsep Politeknik METrO

Ciri Politeknik METrO