05/16 2013

Pengenalan

Work Based Learning (WBL) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan antara pembelajaran teoridan amalimengikut suasana kerja sebenar di organisasi. WBL telah lama dilaksanakan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.Di Malaysia ianya baru dilaksanakan pada 2007 dan hanya melibatkan beberapa buah Kolej Komuniti dan kini telah diperluaskan di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, iaitu Politeknik METrO.Bukan di METrO sahaja

WBL merupakan satu ciri istimewa bagi program ini.Ia membezakan kandungan pengalaman pelajar berbanding latihan industri. WBL dibuat secara berstruktur yang lengkap dengan modul dan penilaian. Pelajar akan belajar sambil bekerja secara hands on, diselia oleh penyelia di industri dan juga pensyarah felo dari politeknik. Pelajar akan mendalami prosedur kerja secara terperinci berdasarkan modular yang diatur.