05/29 2013

Pengenalan

Unit Peperiksaan Politeknik METrO Johor Bahru mula beroperasi pada sesi Disember 2011. Unit ini berperanan menyelaras, menyelia, memantau, membantu dan memudahkan pengurusan berkaitan peperiksaan di PMJB. Unit Peperiksaan ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan (DH41) dengan dibantu oleh dua orang Penyelaras Peperiksaan Program yang telah di lantik dari dua Program yang dijalankan di PMJB.


Penyelaras Peperiksaan berperanan menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan penilaian, data, bank soalan dan pensijilan. Tugas Pegawai Peperiksaan adalah bertanggungjawab mengawasi secara keseluruhan perjalanan peperiksaan politeknik sementara Penyelaras Peperiksaan adalah bertanggungjawab menguruskan hal - hal peperiksaan untuk Program masing - masing.


Unit Peperiksaan dilengkapi khas dengan peralatan-peralatan seperti komputer, mesin cetak, dan sebuah bilik keselamatan (kebal) khas untuk menyimpan kertas- kertas soalan peperiksaan akhir.