Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Fungsi Utama

Unit Peperiksaan bertanggungjawab untuk;

  • Menyedia, mendokumen dan menyerahkan senarai nama pelajar yang tamat pengajian untuk diperakukan oleh Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Menyediakan statistik peperiksaan akhir semester bagi rujukan Bahagian Pengurusan Politeknik dan pengurusan Politeknik METrO Johor Bahru.
  • Menyediakan diploma pelajar yang telah tamat pengajian setelah memenuhi keperluan program.
  • Menyedia, memproses dan mengeluarkan keputusan peperiksaan semester akhir pelajar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.
  • Melaksana, menyelaras dan mengemaskini perubahan baru dalam peperiksaan politeknik dari semasa ke semasa merujuk kepada keperluan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Sektor Pengurusan Politeknik.
  • Melaksana dan mengemaskini proses penilaian dan peperiksaan merujuk kepada Panduan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Politeknik
  • Melaksana, menyelaras dan memantau peraturan penilaian peperiksaan yang sedang dijalankan oleh jabatan.
  • Mengurus, mendokumen dan merekodkan perkara yang berkaitan peperiksaan.