Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

SCREEN

Profile

Layout

Menu Style

Cpanel

Pengenalan

Dalam Rancangan Malaysia  Ke – 9, satu penubuhan yang dipanggil CISC khusus untuk menjadi pusat  perkhidmatan industri  bagi politeknik dengan struktur bangunan politeknik baru telah diluluskan.  Tugas CISC  ketika itu adalah lebih memfokus  kepada perkhidmatan  kepada industri  terutama dari sudut  jaringan dan kolaborasi.

Pada tahun 2010,  CISEC telah ditubuhkan di Politeknik sebagai penambahbaikan kepada CISC   dengan fungsi   asal  kepada empat teras   utama iaitu  Kajian Pengesanan Graduan dan Alumni, Khidmat Penasihatan Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan,  Perancangan dan Persediaan ke Alam Pekerjaan, serta  Perhubungan Industri dan Penempatan.

3   Program   Kebolehpasaran   mula  diperkenalkan pada  tahun  2008  dengan pembayaran elaun kepada pelajar yang mengikuti latihan industri (LI). Tahun 2009 memperlihatkan perkembangan program ini di mana Program Finishing School diperkenalkan ketika itu. Pada pertengahan tahun 2010, Program Kebolehpasaran diperkenalkan  oleh Kementerian  Pengajian  Tinggi  untuk  graduan Politeknik Malaysia. CISEC telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program- program kebolehpasaran graduan di Politeknik masing-masing.

Menurut Will Archer & Jess Davison (2008):

“Seorang pegawai perlu dikhaskan (Single Contact Point) untuk menguruskan pekerjaan, perkhidmatan dan maklumbalas  yang cepat  selepas  permintaan dikemukakan, pegawai yang mempunyai pengetahuan terhadap keperluan industri serta kepentingan kepuasan terhadap perkhidmatan yang diberikan”

Peranan CISEC  telah diperluaskan  selaras dengan Pelan Transformasi  Kerajaan, Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara dan Pelan Transformasi Politeknik. Key of Indicators  (KPI)  di dalam Pelan  Tranformasi  Politeknik  yang mensasarkan Politeknik Malaysia diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional  pada peringkat serantau,  85 peratus  graduat politeknik bekerja (termasuk  melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, memilih politeknik sebagai pilihan pertama jelas memperlihatkan  kepentingan peranan CISEC di Politeknik.