Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Arahan Pemakaian Pakaian Badan Beruniform Di Semua Politeknik KPT Bermula 1 Januari 2013

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi akan menjadikan hari selasa (Politeknik-Politeknik di Negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah) dan rabu (Polteknik lain-lain negeri) sebagai Hari Pelaksanaan Kokurikulum dengan Pemakaian Pakaian Badan Beruniform.

Sehubungan itu, pegawai serta pelajar Politeknik KPT yang mempunyai keanggotaan sah dari mana-mana badan beruniform untuk memakai uniform masing-masing pada hari berkenaan. Arahan ini merupakan satu usaha jabatan dalam menyokong penglibatan seluruh warga Politeknik KPT dalam aktiviti kesukarelawan sempena Tahun Kesukarelawan Negara 2013.