Program i-SMART: Kasih Amal 2018 ini adalah merupakan anjuran pelajar kelas DLS2A, DLS2B & Unit Hal Ehwal Pelajar, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Program ini diadakan di Rumah Kebajikan Anak Yatim di Mersing, Johor pada 18 Ogos 2018. Seramai 63 orang pelajar terlibat dalam program ini.
Program ini bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhuwah antara pelajar PMJB dan anak-anak yatim. Pelajar berpeluang mendekatkan diri dengan anak-anak yatim bagi meningkatkan prestasi, mendapat pengalaman dan melihat sendiri keadaan anak- anak yatim yang berada di sana. Selain itu, melalui Program ini para pelajar dapat mengaplikasikan aspek pengurusan yang dipelajari semasa mengurus dan mengendalikan Program di sana. Pelajar juga dapat mencorak sahsiah terpuji dalam diri mereka dengan aktiviti yang dilakukan bersama. Malah, dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar.
Kami telah diberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti bersama-sama anak-anak yatim di sana dan ianya amat berguna dan membantu kami dalam menjalankan Program dan mencapai objektif program kami. Program ini telah membina hubungan kasih sayang yang lebih erat antara kami sesama pelajar dan penghuni rumah anak yatim. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran pelajar betapa pentingnya menjaga dan menjalinkan hubungan kasih sayang sesame insan.