10/20 2016

Perutusan Pengarah Bulan Oktober 2016

 aslm

 

Bulan ini saya ingin memberi perhatian yang lebih sedikit kepada anak-anak di PMJB. Ini tidak bermaksud kasih sayang dan penghormatan saya telah berkurangan kepada pensyarah dan staf semua. Hanya Oktober ini ada hari istimewa untuk anak-anak kita. Mari kita mengalihkan sebentar perhatian, tumpuan, keperihatinan, kasih sayang dan doa kita kepada anak-anak PMJB yang sedang meniti hari-hari akhir sebelum memulakan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2016 mulai 22 Oktober 2016 – 05 November 2016.

 

 

Pesanan Khas buat anak-anak ibu di PMJB.

 

Sempena Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2016, saya secara peribadinya mengucapkan Selamat Menjalani Peperiksaan. Semoga anda tabah dan dapat menjawab setiap soalan dengan baik dan seterusnya mendapat kejayaan yang cemerlang.

Saya percaya setiap dari anda telah berusaha dan mempersiapkan diri untuk menghadapi hari-hari peperiksaan. Semua orang inginkan kejayaan. Cuma bagaimana cara dan kaedah untuk mencapainya. Di samping persiapan mental, anda harus persiapkan diri dengan kesihatan fizikal yang baik. Menjawab kertas peperiksaan dalam jangka masa yang panjang memerlukan kekuatan dan kesihatan rohani dan jasmani yang seimbang.

 

Bersihkan jiwa. Mohon ampun dari Allah swt.

Mohon restu ibu bapa dan pensyarah.

Mohon maaf dari semua yang hampir dengan kita.

 

Senjata, peluru dan perisai sudah di tangan. Ayuh. Bangkit anak-anakku. Berjuang sehabis daya hingga ke titisan keringat terakhir. Jagalah sebaiknya bekalan yang dibawa. Kita boleh dengan izin Allah.

Selamat Berjuang.  Saya sayang semua

 

Sekian. Terima kasih.

Fi Mardhatillah.

NORAH BINTI HJ. MOHD.ZAN

PENGARAH PMJB.

20.10.2016