04/14 2025

PROGRAM JALINAN KASIH : MEMUPUK KESEDARAN KEWANGAN DI PERINGKAT RENDAH

8 April 2025 - Pelajar Diploma Perbankan Islam semester 4 (DIB4A) di bawah kursus Islamic Social Finance (DPD40182) telah menganjurkan Program Jalinan Kasih bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Impian Emas, Kempas pada pagi tadi. Program ini melibatkan penyertaan seramai 80 orang murid sekolah rendah dan bertujuan untuk menerapkan elemen asas kewangan dan perbankan Islam melalui pendekatan interaktif dan mesra pelajar.

Baca lebih lanjut>>