Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Program Mencari Kasih di Baitus Solehah

Program Mencari Kasih di Baitus Solehah adalah satu program yang dianjurkan oleh Unit Psikologi. Program ini merupakan rentetan daripada Program Remaja Cinta Bahagia yang telah berlangsung di Politeknik METrO Johor Bahru pada 5 Oktober 2017. Program Mencari Kasih ini pula diadakan di Baitus Solehah Caring Centre, Johor pada 28 Febuari 2018. Seramai 32 orang pelajar dan 2 orang pensyarah terlibat dalam program ini.

Program Mencari Kasih ini bertujuan untuk memberi pendedahan, mendapat pengalaman dan melihat sendiri keadaan remaja-remaja yang tersasar dan bagaimana mereka dibimbing ke jalan yang lurus. . Selain itu melalui Program ini para pelajar dapat mencorak sahsiah terpuji dalam diri mereka. Malah, dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar dan mendorong pelajar untuk mendekatkan diri pelajar dengan sasiah yang terpuji berpandukan agama.

Kami telah diberi taklimat dan penerangan yang jelas dan amat berguna oleh Pn Munaliza, pengurus Baitul Soleha Caring Centre Program ini telah membina hubungan kasih sayang yang lebih erat antara pelajar dan penghuni Baitus Solehah. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran pelajar betapa pentingnya menjaga maruah diri dan agama.

image 1

Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penghuni Baitus Solehah yang sangat padat dengan isi-isi yang positif dan bermanfaat.

image 2

Setelah selesai perkongsian ilmu dan setelah selesai solat zohor berjemaah. Pelajar PMJB dan pensyarah dihidangkan jamuan tengah hari. Makan dalam talam untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar.

image 3

Sesi penyampaian cenderamata dan sumbangan dari pihak PMJB. Pn. Julia binti Jantan yang diiringi Pn.Hjh Fatimah binti Hussein kepada pengusaha Baitus Solehah

image 4

Sesi sua foto antara pelajar dan pensyarah PMJB. Seramai 32 pelajar dan 2 orang pensyarah yang terlibat menghadiri Program Mencari Kasih di Baitus Solehah.