Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Akademik Politeknik METrO Johor Bahru telah menganjurkan program Let’s Explore English! pada 27 dan 28 Julai 2016. Antara aktiviti-aktiviti Let’s Explore English! ialah:
27 Julai 2016: Newspaper in Education (NIE) bertempat di PMJB yang disertai oleh semua pelajar Semester 1. Program ini bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam mengendali dan melengkapkan aktiviti Bahasa Inggeris melalui permainan menggunakan surat khabar.
28 Julai 2016: Academic Visit to Singapore. Antara tempat yang dilawati di Singapura ialah School of Communication, Art & Social Sciences, Singapore Polytechnic di mana kami didedahkan dengan fasiliti dan kemahiran berkomunikasi pelajar-pelajar di Singapore Polytechnic. Selain itu, kami ke Masjid Khalid bagi memdengar tazkirah The Importance of Knowledge in An Islamic Perspective daripada Ustaz Anuar, Imam Executive Masjid Khalid. Lawatan ini disertai oleh 22 pelajar dan 10 pensyarah dan staf termasuk Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj. Mohd Zan.
Delegasi PMJB bergambar bersama pihak pengurusan Masjid Khalid
Pengarah PMJB, Puan Norah binti Hj. Mohd Zan menyampaikan cenderahati kepada Ms. Debra, pensyarah School of Communication, Art & Social Sciences.
Ustaz Anuar, Imam Eksekutif Masjid Khalid ditemu ramah untuk PoliTV.
Penyampaian cenderahati oleh wakil UTHM kepada Singapore Polytechnic.
Delegasi PMJB mendengar taklimat di Singapore Polytechnic.
Bergambar kenangan di Singapore Polytechnic