Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) BERSAMA MASYARAKAT FELDA DI FELDA BUKIT APING TIMUR, KOTA TINGGI, JOHOR

Seramai 33 orang pelajar DLS 2B dan 2 orang pensyarah pengiring terdiri daripada Ketua Program DLS, Pn Hazlin Binti Jamari dan Penasihat Akademik DLS 2B, Pn Hasnida Binti Ibrahim mengadakan program khidmat masyarakat (CSR) di Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor pada 10-11 Februari 2018.

Program selama dua (2) hari ini adalah terkandung dalam pelan strategik dan perancangan Takwim PMJB. Selain itu ia merupakan hasil idea kreatif dan inisiatif pelajar bagi memenuhi tugasan projek kursus Principles of Management yang memerlukan pelajar untuk mempraktiskan teori Planning, Leading, Organizing And Controlling di mana pelajar menyelaraskan segala aspek termasuk pengurusan logistik, penginapan peserta, pengisian aktiviti projek, pengurusan bekalan makanan dan kemahiran public relation(PR). Selain itu, ia bertujuan menjalin silaturahim dan memahami kehidupan masyarakat Felda. Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong-royong pembersihan Masjid Jamek An Nur, sekolah agama, dewan balai raya, penyediaan jamuan minum pagi oleh Jawatankuasa Masjid, jamuan makan oleh penduduk setempat serta sesi beramah mesra termasuk Majlis Tahlil dan Doa Selamat bersama masyarakat Felda, lawatan akademik ke Muzium Nelayan dan Desaru Fruit Farms serta sukaneka.

Melalui program sebegini, pelajar-pelajar dapat menunaikan tanggungjawab mencurahkan bakti kepada segenap lapisan masyarakat. Program ini turut menekankan kemahiran insaniah iaitu mengamalkan sikap beretika dan mengambil peranan sebagai pemimpin.

Penganjuran aktiviti seperti ini diharapkan dapat diteruskan dalam melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi intelektual, fizikal dan rohani di samping merapatkan hubungan Politeknik METrO Johor Bahru dengan komuniti setempat. Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya dan berharap ia dapat diadakan lagi pada masa hadapan.

“SYUKUR ALHAMDULILAH”

Sesi gotong royong pembersihan masjid di Masjid Jamek An Nur, Felda Bukit Aping Timur

DSC 0039

Pembersihan di dalam kawasan masjid

DSC 0041

Pembersihan di luar kawasan masjid

DSC 0031

Pelajar Beramah Mesra dan Menikmati Juadah Makanan Yang Disediakan Bersama Masyarakat Felda

DSC 0058

Bergambar kenangan bersama guru dan pelajar Sekolah Agama An Nur Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi, Johor

DSC 0048

Pembersihan di sekitar kawasan Sekolah Agama An Nur

DSC 0131 

Pensyarah dan Pelajar PMJB disambut mesra dan diraikan oleh penduduk setempat Felda Bukit Aping Timur

DSC 0136

Majlis Tahlil  dan Doa Selamat oleh Jawatankuasa Penduduk Bersama rombongan PMJB

DSC 0180

Aktiviti Sukaneka

DSC 0199

Lawatan di Muzium

DSC 0201 

Lawatan ke Desaru Fruit Farm

DSC 0030

Para Pensyarah dan Pelajar-Pelajar Bergambar

DSC 0072 

Bergambar bersama KOSPEN Felda Bukit Aping Timur

Pelajar Beramah Mesra dan Menikmati Juadah Makanan Yang Disediakan Bersama Masyarakat Felda