Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Pertandingan InovasiTeknologi Pengurusan Dalam Islam (PERiNTis)

Pada 22 Februari 2018 telah berlangsungnya program Pertandingan Inovasi Teknologi Pengurusan dalam Islam (PERiNTiS). Program ini dianjurkan oleh Unit Mata Pelajaran Umum (MPU) dengan kerjasama Unit Penyelidikan dan Inovasi PMJB.

Program ini diadakan bagi pemerkasaan inovasi dalam kalangan pelajar di samping memenuhi penilaian Berterusan kursus DUA2022 Pengurusan dalam Islam. Pelaksanaan program ini bukan sekadar semata-mata meningkatkan kemahiran inovasi dan kreativiti pelajar, malah mampu memberi satu titik permulaan atau anjakan paradigma kepada kemajuan dan kejayaan PMJB ke peringkat seterusnya. Selain itu juga pelaksanaan program ini mampu meningkatkan kualiti pelajar PMJB dalam bidang penghasilan produk inovasi serta mampu berdaya saing bagi mendepani era Industri 4.0.

Program PerINTIS melibatkan 35 orang pelajar semester 2 Sesi Disember 2017 yang mengambil kursus DUA2022 Pengurusan dalam Islam. 9 kumpulan pelajar mewakili 3 kelas iaitu DLS2A, DLS2B dan DIB2A akan berentap mempertaruhkan produk inovasi dalam pengurusan Islam hasil ciptaan kreatif kumpulan masing-masing
Semoga Pertandingan PerINTIS ini dapat membudayakan inovasi dalam kalangan pelajar dan akan menggunakan ilmu yang diperolehi itu sebaik mungkin untuk menghadapi masa depan yang semakin mencabar.

Gambar Pertandingan PERiNTiS

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.55.08

Pemenang Tempat pertama: Kumpulan Inovasi Jubah Moden (Juden)

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.55.09

Pemenang Tempat Kedua: Kumpulan Inovasi Trolly2U

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.54.34

Pemenang Tempat Ketiga: Kumpulan Inovasi Tayammum Emergency Ekspress (TEE)

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.55.36

Pemenang Saguhati: Kumpulan Inovasi The Brainiacs Pyramid

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.55.30

Pemenang Saguhati: Kumpulan Inovasi Pine Vation

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.56.44

Pemenang Saguhati: Kumpulan 2in1Stand

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.57.53

Pemenang Saguhati: Kumpulan Pipe Furniture V.O

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.59.27

Pemenang Saguhati: Kumpulan al Murafiq Islami

WhatsApp Image 2018 02 22 at 15.55.18

Pemenang Saguhati: Kumpulan Coin Sorting Machine

WhatsApp Image 2018 02 23 at 08.17.57

Kumpulan Peserta dari DLS2B