Kursus ‘Corporate Governance & CSR in Logistic Industry’ merupakan program PPI DLS yang membawa industri dalam proses pembelajaran dan pengajaran untuk memberi peluang pelajar memperolehi ilmu mengikut senario semasa industri.
Kursus ini telah disampaikan oleh Pn. Mastura binti Mahmood, Eksekutif Pentadbiran, Hershey Malaysia Sdn Bhd. Kursus ini dapat dimanfaatkan bersama pelajar DLS semester 3 yang mempelajari kursus Business Ethics. Antara ilmu-ilmu yang dapat dikongsikan adalah Corporate Governance yang dilakukan oleh sesebuah organisasi, ciri-ciri Corporate Governance yang baik, kepentingan CSR, perkaitan antara CSR, Corporate Governance dan Business ethics. Di akhir kursus ini pelajar dapat menerangkan ciri-ciri Corporate Governance dan CSR yang baik dalam meujudkan etika perniagaan yang positif dan membawa kebaikan kepada industri dan juga stakeholder.
Perkongsian industri bersama pensyarah pelawat industri (PPI), Pn. Mastura binti Mahmood
Pelajar mengikuti aktiviti yang dikendalikan oleh Mr Kumar a/l Marappan.
Pelajar DLS 3B menyertai kursus ini.