Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

SEMINAR THE APPLICATION OF MURABAHAH AND BAI BITHAMAN AJIL IN ISLAMIC FINANCE: BANK MUAMALAT

Pada 7 Februari 2018, Seminar The Application of Murabahah and Bai Bithaman Ajil (BBA) Islamic Contracts : Bank Muamalat anjuran Diploma Kewangan dan Perbankkan islam (DIB) Jabatan Perdagangan, PMJB telah diadakan.

Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar semester 2 dan pensyarah yang mengajar kursus DPD2043 CONTRACTS IN ISLAMIC FINANCE. Selain itu, objektifnya adalah untuk :-

I. Membentuk dan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual agar dapat menguasai ilmu pengetahuan.
II. Memberi pendedahan kepada pelajar untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk islam yang ditawarkan di Bank Muamalat.
III. Mewujudkan hubungan yang erat dan suasana muhibah dengan aktiviti yang dicadangkan dan akan dilakukan.
IV. Memenuhi perancangan takwim aktiviti 2017 Politeknik METrO Johor Bahru.

Penceramah kursus ialah Puan Siti Annurul Ain Binti Mokhtar, (Deposit Aales Executive) daripada Bank Muamalat cawangan Kebun Teh Commercial City, Johor Bahru. Beliau telah memulakan program ini dengan memperkenalkan serba sedikit mengenai latar belakang Bank Muamalat dan seterusnya mengaitkan kepada tajuk program ini iaitu memahami konsep serta kaedah yang merangkumi produk tersebut.

Intipati penerangan beliau meliputi topik-topik yang berkaitan dengan isi kandungan produk Islam yang telah ditawarkan di Bank Muamalat.

Beliau telah menerangkan secara terperinci mengenai jenis-jenis produk, syarat kelayakan untuk memohon dan keistimewaan produk yang ditawarkan. Puan Annurul Ain juga mengambil langkah pro aktif dalam memastikan terdapat hubungan komunikasi dua hala dan penyampaian berkesan dimana pelajar-pelajar akan diberikan hadiah sekiranya berjaya menjawab soalan dengan betul.

Secara dasarnya, pelajar dilihat selesa berkomunikasi dengan penceramah dan dapat memahami intipati kursus dengan baik kerana majoriti pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik. Mereka juga telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh kursus.

IMG 5065

Pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu jemputan yang dihormati.

IMG 5062

Seminar ini dimulakan dengan bacaan doa daripada wakil pelajar , Muhammad Bin Muhammad Safari.

IMG 5073

Puan Annurul Ain dari Bank Muamalat yang menjadi tetamu jemputan telah berkongsi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar yang telah melibatkan diri mereka dalam seminar understanding the application of islamic contracts in financial institution: Bank Muamalat

IMG 5118

Sessi pertanyaan soalan yang diajukan oleh pelajar yang terlibat kepada pihak tetamu jemputan bagi memantapkan lagi pengetahuan pelajar tersebut.

IMG 5255

IMG 5264

Selepas rehat 15 min, program diteruskan dengan sesi pembentangan daripada pelajar yang dihakimi oleh puan Annurul Ain sendiri selaku wakil industri. Pembentangan ini bertujuan untuk memastikan segala penilaian yang dilakukan memenuhi kehendak industri.

IMG 5313

Sesi penggambaran diantara tetamu jemputan bersama-sama para pelajar yang terlibat juga diadakan sebagai tanda kenang-kenangan.