01/28 2018

Iklan Permohonan Kemasukan Program Diploma Secara Separa Masa Sesi Jun 2018

Politeknik METrO Johor Bahru mempelawa kepada calon-calon yang berkelayakan untuk mengemukakan permohonan program diploma secara separa masa bagi Sesi Jun 2018. Program yang ditawarkan adalah seperti berikut dan program ini telah mendapat pengiktirafan akreditasi daripada pihak MQA.
1. DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN (DLS)
2. DIPLOMA KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM (DIB).

Tempoh pengajian yang dicadangkan adalah selama 3 ½ tahun iaitu 9 semester termasuk 2 semester pendek. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah menggunakan mod secara Face to Face (Teori & Tutorial), OBL (Online Blended Learning) dan WBL (Work Based Learning). Kelas akan diadakan pada hujung minggu. Kemudahan pembiayaan yuran seperti melalui PTPTN, KWSP dan merupakan HRDF Claimable.

Calon-calon yang berminat, boleh mengemukakan permohonan secara atas talian di www.politeknik.edu.my pada Mac 2018 atau boleh hubungi Pegawai kami (Pn Bahariatulaini binti Badri@Harun) di talian 07-3358851/52 (samb:4015) atau 013-9861108 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Disediakan oleh ; Pn Bahariatulaini binti Badri@Harun

Muka 1

Muka 2