Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Majlis Menandatangani Surat Kerjasama Bersama Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru

Pada 26 Februari 2017 yang lalu, bertempat di Kolej Vokasional Perdagangan, Johor Bahru telah termenterainya satu kerjasama berterusan antara Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) dan Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru (KVPJB) yang bertujuan untuk memperkukuhkan jalinan kerjasama dengan mengadakan usaha sama dalam pendidikan dan latihan. Kerjasama ini meliputi perkara-perkara gunasama kepakaran, fasiliti dan teknologi dalam bidang pendidikan, perkongsian ilmu, inovasi dan penyelidikan pendidikan, penganjuran kursus-kursus pendek yang bersesuaian bagi kedua-dua pihak dari semasa ke semasa dan mengadakan aktiviti sukan bersama dalam memupuk minat, pembangunan dan sahsiah diri pelajar dalam pelbagai acara sukan yang berfaedah. Kerjasama ini diharap dapat meningkatkan nilai tambah dan membantu PMJB meningkatkan keupayaan menyediakan fasiliti yang kondusif terutama dalam acara sukan dan kegiatan luar bilik kuliah.


Majlis yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru Tuan Haji Abdul Rahim Bin Haji Nin yang diwakili oleh Setiausaha Majlis, Encik Sidek Bin Paiman yang juga menjadi saksi termenterainya surat kerjasama yang ditandatangani oleh Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Puan Norah Binti Hj Mohd Zan bersama Pengarah Kolej Vokasional Perdagangan Johor Bahru, Puan Hjh Halifah Binti Ismail.


Selain PMJB terdapat juga beberapa syarikat lain yang menandatangani surat kerjasama bersama KVPJB, yang mana syarikat-syarikat tersebut juga akan menerima pelajar-pelajar menjalani ‘On Job Trainning’. Majlis diakhiri dengan Mesyuarat Agung kali ke 33 dan Hari Terbuka KVPJB serta lawatan pameran hasil-hasil pelajar.

Disediakan oleh : Nor Hasradiana Binti Aman

Gambar-gambar sepanjang Majlis Menandatangani Surat Niat (LoI)

image1

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 33, Hari Terbuka dan Majlis Menandatangani Surat Niat

image2

Upacara menandatangani Surat Kerjasama antara PMJB dan KVPJB

image3

Majlis disaksikan oleh Setiausaha Majlis MBJB dan YDP PIBG KVPJB

image4

Penyerahan cenderahati dari PMJB kepada KVPJB.