Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Laporan Karnival Teknologi Pengurusan Patuh Syariah @PMJB 2017

Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) dengan kerjasama DUN Tanjong Puteri telah menganjurkan Karnival Teknologi Pengurusan Patuh Syariah @PMJB 2017 pada 19 Februari 2017. Ia merupakan satu program yang dianjurkan bagi menarik perhatian masyarakat luar terhadap Politeknik METrO Johor Bahru serta berusaha menekan aspek pengurusan patuh syariah yang melibatkan pakaian, pergaulan dan tatacara perlaksanaan program berunsurkan teknologi.


Karnival ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn Haji Abd. Mutalip bin Hj Abd Rahim, Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor, sebagai wakil rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor. Program ini adalah satu program yang julung kali diadakan yang menekankan kepada pengurusan karnival yang mempunyai elemen teknologi secara patuh syariah. Antara objektif yang digariskan bagi karnival ini adalah menerapkan dan membudayakan elemen pengurusan patuh syariah dalam teknologi yang digunakan di kalang pelajar dan komuniti setempat. Ia juga bagi mempromosikan PMJB sebagai salah satu penyedia TVET negara yang mengamalkan pengurusan patuh syariah melalui pendekatan kualiti. Ia juga bagi mengeratkan hubungan pelajar dengan komuniti setempat melalui aktiviti-aktiviti berorientasikan teknologi secara patuh syariah serta menyumbang kepada pengisian sahsiah insan belia dan warga IPT melalui semangat keusahawanan.


Beberapa aktiviti telah dilaksanakan dalam karnival ini iaitu Pertandingan Inovasi & Kreativiti @PMJB Peringkat Kebangsaan (PNiCC17), Pertandingan Kereta Berinovasi dan My Bike, penyerahan MOBILE STALL 4U Dari ADUN Tanjong Puteri , Pelancaran Lorong Hijau dan Booth Pengurusan Pelajar Dan Kerjaya.

Pertandingan Inovasi (PNiCC 17) turut disertai beberapa IPT lain seperti Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Koleh Komuniti serta tidak ketinggalan juga pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. ‘Super Creation Pipes’ yang di inovasikan oleh pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Tanjong Puteri Resort telah dinobatkan sebagai juara dengan inovasi alat bantuan ciptaan khas bagi pelajar ‘Celebral Pasley’ yang tiada keseimbangan badan berdiri sendiri.


Karnival ini turut di hadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Strategik) Jabatan Pengajian Politeknik, Encik Shabudin Bin Man yang sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti PMJB. PMJB juga sangat berbesar hati dan berterima kasih dengan sumbangan dari ADUN Tanjong Puteri, YB Hj. Adam Bin Sumiru iaitu 2 buah Kios Usahawan yang berjumlah RM1,500.00 sebagai galakan kepada pelajar-pelajar PMJB untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Disediakan oleh : Nor Hasradiana Binti Aman