Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel

Program Lawatan Akademik Ke Sedili Wetland, Kota Tinggi, Johor

Unit ko-kurikulum, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan satu lawatan akademik ke Sedili Wetland, Kota Tinggi, Johor pada 06hb Oktober 2016 (Khamis). Program ini melibatkan seramai 27 orang pelajar ko-kurikulum DRK3132 – Mesra Alam bersama-sama dengan 3 orang pensyarah pengiring.

 

Lawatan ini adalah bagi memenuhi keperluan pelajar semester 3 yang mengambil kursus DRK 3132 – Mesra Alam. Lawatan ini merupakan satu keperluan bagi penilaian berterusan ”Projek” yang membawa 70% daripada markah keseluruhan penilaian berterusan bagi kursus ini. Program lawatan akademik ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan alam semulajadi.

Program lawatan ini telah memberi banyak pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan hutan paya bakau dan cara mencari lokan menerusi program pendedahan kepada hutan paya bakau di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil. Para pelajar juga dapat mengenali habitat belangkas yang diternak di pusat santuari belangkas dan melawat ke pusat kraftangan siput.

Secara keseluruhannya, lawatan akademik ini telah berjaya memberi maklumat dan pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan alam semulajadi termasuk flora dan fauna serta kehidupan alam yang lain. Para pelajar sangat teruja dan berasa gembira disepanjang program lawatan ini dilakukan.

Disediakan oleh : Malisa Binti Othman

Gambar-gambar sepanjang lawatan

Para pelajar sedang mendengar taklimat daripada Puan Norazlina Binti Mohd Sani wakil dari pihak KEJORA berkenaan dengan lawatan yang akan dilakukan di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil.

Lawatan ke pusat cenderamata, para pelajar diberi peluang untuk membuat sendiri cenderamata yang berasaskan kulit siput.

Pelajar sedang mendengar penerangan yang diberikan oleh pekerja di pusat santuari belangkas.

Pelajar bergambar dengan Pak Busu yang bertindak selaku jurucakap sepanjang lawatan ke Kampung Belukar Durian.