08/30 2016

PERTANDINGAN INOVASI & KREATIVITI @PMJB PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 (PNiCC’16)

Pertandingan Inovasi & Kreativiti @PMJB Peringkat Kebangsaan 2016 (PNiCC’16) ialah satu jenama pertandingan baharu Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) untuk mempamerkan penghasilan produk inovasi pelajar dan pendidik yang berkualiti. PNiCC’16 dilaksanakan pada 29 Ogos 2016 di PMJB dan merupakan anjuran PMJB bersama Pejabat Adun Tanjong Puteri. Pertandingan ini telah berjaya menarik sebanyak 40 penyertaan yang melibatkan penyertaan di kalangan pelajar dan warga akademik Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan MRSM.

Sebanyak 28 produk kategori pendidik dipertaruhkan manakala 15 produk inovasi kategori pelajar dipertandingkan. 3 pemenang utama dipilih di setiap kategori dan membawa pulang sijil penghargaan, cederamata dan sumbangan wang tunai. Peserta juga dikurniakan anugerah emas, perak dan gangsa berdasarkan penilaian markah yang telah ditetapkan. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Politeknik (PPIP), Jabatan Pendidikan Politeknik, iaitu Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad. Juri jemputan yang terlibat daripda UiTM Johor Kampus Pasir Gudang, SIRIM Bhd cawangan Johor Bahru dan Sekolah Menengah St. Joseph Johor. Pertandingan inovasi peringkat kebangsaan ini menjadi platform terbaik mengenengahkan idea warga akademik secara umumnya untuk dimajukan.

Berikut adalah senarai pemenang :-

  1. 1)Kategori A: PENDIDIK

                                                                 KEPUTUSAN AKHIR

1 TEMPAT PERTAMA : GAS TURBINE ENGINE SCORM

INSTITUSI

PBS

2 TEMPAT KEDUA : S-SNAP

INSTITUSI

PSMZA

3 TEMPAT KETIGA : SMART KEEPER

INSTITUSI

POLISAS

       Anugerah Emas

  1. GAS TURBINE ENGINE SCORM     - PBS                  
  2. S-SNAP   - PSMZA
  3. SMART KEEPER   - POLISAS
  4. I REPORT   - KKPG
  5. I CISEC - PMJB

       Anugerah Perak

  1. I ATTEND - KKPG
  2. U EYES - PSA
  3. PCIS - KKPG
  4. KOSWER INTERAKTIF - PSP
  5. AQUA WET DISC – KKBP

       Anugerah Gangsa

  1. EASY CASH - KKJS
  2. BRAINO - PSA
  3. SIMUCONSTRUCTION - KKBP
  4. SPORT EQUIPMENT - PMJ
  5. VACUUM ANGLE GRINDER - PSA

  1. 2)Kategori B : PELAJAR

                                                               KEPUTUSAN AKHIR

1 TEMPAT PERTAMA :BAJA ORGANIK

INSTITUSI

KOLEJ VOKASIONAL ERT AZIZAH

2 TEMPAT KEDUA : VISTA ANTIMICROBIAL PERFUME

INSTITUSI

MRSM KEPALA BATAS

3 TEMPAT KETIGA : TOPI KELEDAR HIBURAN

INSTITUSI

PMJB

       Anugerah Emas

  1. BAJA ORGANIK                    
  2. VISTA ANTIMICROBIAL PERFUME
  3. TOPI KELEDAR HIBURAN

       Anugerah Perak

  1. MyMB KAYU SERBAGUNA

       Anugerah Gangsa

  1. EASY BARBER BAG

Disediakan Oleh :
Elyn Bt Mohd Ridzwan
Ketua Unit Penyelidikan , Inovasi Dan Pengkomersilan
GAMBAR SEKITAR PROGRAM
 
 
Pn Suhana Bt Mohamed (Pensyarah UITM Johor Cawangan Pasir Gudang) sedang mengetuai sesi penjurian kategori pendidik.
 
Peserta menerangkan fungsi produk inovasi kepada Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad dan YB Datuk Hj Adam Bin Sumiru di sesi lawatan tapak pertandingan.
 
Pengarah PPIP, Dr. Abdul Rahim Bin Ahmad menyampaikan sijil penghargaan kepada juri kategori pelajar iaitu Pn Aznilinda Bt Zainudin
 
Pengarah PPIP, Dr. Abdul Rahim B Ahmad menyampaikan cenderamata kepada pelajar PMJB yang berjaya sambil diperhatikan oleh ADUN Tanjong Puteri dan Pengarah PMJB
 
Pemenang PNiCC 2016 bagi kategori pendidik.
Dari kiri, Tempat Kedua (PSMZA), Tempat Pertama ( PBS) dan Tempat Ketiga (POLISAS)