3hb September 2015 - Politeknik METrO Johor Bahru telah menerima lawatan dari YB. Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi. Lawatan turut diiringi oleh Ketua Pengarah Kementerian Pendidkan Tinggi, Y.Bhg. Datuk Haji Mohlis Bin Jaafar.
Kehadiran YB Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin disambut oleh semua warga kerja dan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru.
Majlis turut menyaksikan pelancaran Sistem iAktif oleh YB Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin.
YB Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin turut mempengerusikan perjumpaan bersama Pengurusan Tertinggi Politeknik Zon Selatan (Politeknik Metro Johor Bahru dan Politeknik Ibrahim Sultan).
YB Datuk Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin melawat laluan industri Politeknik METrO Johor Bahru.