KARNIVAL@PMJB 2018
14 MAC 2018
POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
Karnival@PMJB 2018 ini merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar Politeknik METrO bukan sahaja untuk mempamerkan bakat berniaga malahan menunjukkan bakat mereka dalam bidang yang pelbagai. Melalui program ini, pelajar PMJB diberi peluang untuk mengaplikasikan dan mempraktikkan proses pengurusan sesuatu perniagaan seperti merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perjalanan perniagaan, pelajar dapat juga melatih diri untuk bekerja dalam kumpulan. Selain itu, program ini merupakan satu langkah ke arah usahasama positif diantara PMJB dan FAMA di mana pelajar akan dapat melihat sendiri bagaimana usahawantani menjalankan perniagaan mereka. Program ini bertujuan untuk:
1.1 Memupuk sifat keusahawanan dan holistik kepada pelajar serta mendedahkan mereka dengan realiti dan cabaran dalam dunia sebenar.
1.2 Mensasarkan penyertaan 100% pelajar dari Diploma Keusahawanan, Diploma Perbankan Islam dan Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan dalam program yang dianjurkan ini.
1.3 Mensasarkan keuntungan bagi setiap gerai (setiap kelas) sebanyak 30% daripada modal yang telah disumbangkan.
1.4 Mewujudkan satu suasana persaingan yang sihat di kalangan pelajar-pelajar dan di kalangan peniaga luar.
Karnival ini telah dihadiri oleh Puan Hajah Saadiah Binti Hussein (wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri, Tanjung Puteri), Puan Nur Syakirah Binti Alwi (Wakil Timbalan Pengarah FAMA), Puan Nurfarahin Bt Haron (wakil Dato’ Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru), Puan Azielina binti Mohd (Wakil Pengarah Politeknik Mersing (PMJ)), En. Md Nor Bin Abdul Halim (Pengarah KK Ledang), Pn. Hanirah Binti Mohamad Nur (Wakil Pengarah KK Kota Tinggi) dan En. Abdul Malek Bin Hassan (Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG). Selain itu, penceramah yang dijemput bagi menjayakan karnival@PMJB ini adalah Dr Umar Haiyat Abdul Kohar (UTM) bagi Bengkel Business Pitching, En. Mohamad Noralam Bin Sahroni dari E Office Agro Plantations (Usahawatani) bagi Bengkel Teknik Asas Semaian Fertigasi & Nutripot, En. Khairul Asyraf (PUNB Kuala Lumpur) bagi ceramah “Business Sambil Belajar, Satu Peluang” dan Tuan Hj Ahmad Fazil Bin Miswan bagi Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah.
Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Majlis Perasmian Penutup program ini telah dirasmikan oleh wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri, Tanjung Puteri, Puan Hajah Saadiah Binti Hussein bersama dengan Wakil Timbalan Pengarah FAMA, Puan Nur Syakirah Binti Alwi dan Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz. Semasa perasmian penutup program ini, turut diadakan pelancaran bagi Kelab Myagroasis atau Kelab Usahawan Graduan Pertanian yang bertujuan untuk melahirkan usahawan dikalangan pelajar dan juga Logo Dan Slogan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang merupakan inisiatif MAMPU untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan meningkatkan imej korporat. Majlis Perasmian Penutup ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang Perfect Pitch Award@Johor Edition 2018, Pertandingan Kompang Formation, Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan EKSA PMJB dan pemenang sempena Minggu Sukan dan Kokurikulum PMJB. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ia melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga agensi-agensi dan komuniti setempat. Selain daripada membantu menyerlahkan bakat keusahawanan pelajar dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama komuniti, program ini juga mengeratkan hubungan di antara pihak institusi dengan agensi-agensi luar dan juga komuniti setempat.
Disediakan oleh: Diana Lee Phooi Yan
Setiausaha Program
1.0 BUTIRAN PEMENANG PERTANDINGAN/ AKTIVITI
Perfect Pitch Award@Johor Edition 2018 |
Anugerah |
Nama |
Hadiah |
Juara
|
Kumpulan JUDEN (Jubah Moden) dari Politeknik METrO Johor Bahru |
Wang tunai RM 300 dan sijil penghargaan |
Naib Juara
|
Kumpulan Traveller Kit for Solat dari Kolej Komuniti Kota Tinggi |
Wang tunai RM 250 dan sijil penghargaan |
Tempat Ke-3
|
Kumpulan Perkhidmatan Pendingin Udara dari Kolej Komuniti Batu Pahat |
Wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan |
Saguhati |
1) Kumpulan Tepung Magiz Pizza dari Kolej Komuniti Kota Tinggi
2) Kumpulan Mr Gourmet dari Kolej komuniti Bandar Tenggara
3) Kumpulan Pakej Pelancongan (Fruit Tours) dari Politeknik Ibrahim Sultan. |
Wang tunai RM 100 dan sijil penghargaan
|
|
|
|
Pertandingan Kompang Formation |
Anugerah |
Nama |
Hadiah |
Juara
|
Kumpulan Kompang NC KG. Bendahara |
Wang tunai RM 300 dan sijil penghargaan |
Naib Juara
|
Kumpulan Lenchana Muda |
Wang tunai RM 250 dan sijil penghargaan |
Tempat Ke-3
|
Persatuan Kompang P.D.M.
|
Wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan |
Pemenang saguhati |
1) Kumpulan Enjit- enjit Semut 2) Kumpulan Ala Hitam |
Wang tunai RM 100 dan sijil penghargaan |
Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan EKSA Politeknik MEtrO Johor Bahru |
Nama |
Hadiah |
1) Saudara Mohd. Syahmi Bin Azmi
2) Mohd Amir Daniel Bin Mohd Fauzi
3) Nur Aiman Bin Nasimin |
Wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan
|
Objektif Pertandingan
a. Membangunkan imej EKSA di Politeknik METrO Johor Bahru.
b. Memberi peluang kepada semua pelajar PMJB untuk mengetengahkan tahap kreativiti dalam mencipta Logo dan Slogan EKSA.
|
Logo dan Slogan EKSA PMJB

|
Minggu Sukan dan Kokurikulum PMJB |
Sukan |
Nama |
Hadiah |
Futsal |
Pasukan WBL FT |
Hamper dan medal
|
Bola Jaring |
Pasukan Bola Jaring Semester 2 |
Catur
|
Kategori lelaki:
Muhammad Faiz Bin Ismail (DLS 2B)
Kategori Perempuan:
Nur Izni Binti Rozi (DEN 2)
|
Ping Pong |
Kategori lelaki:
Afiq Azri Bin Muhamad Khuairi (DIB4B)
Kategori Perempuan:
Siti Nur Zaharah Binti Azan (DIB3A)
|
2.0 LAPORAN HASIL JUALAN PELAJAR DI KARNIVAL@PMJB 2018
Bil. |
Kelas |
Modal Jualan |
Hasil Jualan |
Pencapaian Keuntungan (30%) |
1. |
MPP |
RM100.00 |
RM102.00 |
GAGAL |
2. |
DLS1A |
RM200.00 |
RM629.50 |
BERJAYA |
3. |
DLS1B |
RM140.00 |
RM130.00 |
RUGI |
4. |
REFLEKIDZ |
RM100.00 |
RM216.00 |
BERJAYA |
5. |
DLS2B |
RM270.00 |
RM761.40 |
BERJAYA |
6. |
DLS3A |
RM20.00 |
RM352.00 |
BERJAYA |
7. |
DLS3B |
RM120.00 |
RM112.00 |
RUGI |
8. |
DEN1A |
RM200.00 |
RM186.00 |
RUGI |
9. |
DEN2A |
RM100.00 |
RM252.00 |
BERJAYA |
10. |
JPPI |
RM200.00 |
RM238.00 |
GAGAL |
11. |
DIB1A |
RM100.00 |
RM262.00 |
BERJAYA |
12. |
DIB2A |
RM200.00 |
RM260.00 |
BERJAYA |
13. |
DIB3A |
RM300.00 |
RM509.50 |
BERJAYA |
14. |
DIB3B |
RM248.00 |
RM273.00 |
GAGAL |
15. |
DIB4A |
RM150.00 |
RM321.00 |
BERJAYA |
16. |
DIB4B |
RM150.00 |
RM474.00 |
BERJAYA |
Gambar Aktiviti
Suasana gerai-gerai jualan pelajar dan gerai My Best Buy oleh FAMA
 |
Bengkel Teknik Asas Semaian Fertigasi & Nutripot oleh Usahawatani berjaya, En. Mohamad Noralam Bin Sahroni di KARNIVAL@PMJB 2018 |
Bil.
|
Kelas
|
Modal Jualan
|
Hasil Jualan
|
Pencapaian Keuntungan (30%)
|
1.
|
MPP
|
RM100.00
|
RM102.00
|
GAGAL
|
2.
|
DLS1A
|
RM200.00
|
RM629.50
|
BERJAYA
|
3.
|
DLS1B
|
RM140.00
|
RM130.00
|
RUGI
|
4.
|
REFLEKIDZ
|
RM100.00
|
RM216.00
|
BERJAYA
|
5.
|
DLS2B
|
RM270.00
|
RM761.40
|
BERJAYA
|
6.
|
DLS3A
|
RM20.00
|
RM352.00
|
BERJAYA
|
7.
|
DLS3B
|
RM120.00
|
RM112.00
|
RUGI
|
8.
|
DEN1A
|
RM200.00
|
RM186.00
|
RUGI
|
9.
|
DEN2A
|
RM100.00
|
RM252.00
|
BERJAYA
|
10.
|
JPPI
|
RM200.00
|
RM238.00
|
GAGAL
|
11.
|
DIB1A
|
RM100.00
|
RM262.00
|
BERJAYA
|
12.
|
DIB2A
|
RM200.00
|
RM260.00
|
BERJAYA
|
13.
|
DIB3A
|
RM300.00
|
RM509.50
|
BERJAYA
|
14.
|
DIB3B
|
RM248.00
|
RM273.00
|
GAGAL
|
15.
|
DIB4A
|
RM150.00
|
RM312.00
|
BERJAYA
|
16.
|
DIB4B
|
RM150.00
|
RM474.00
|
BERJAYA
|