Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel
Tapis
  • Program i-SMART : Kasih Amal 2018

    Program i-SMART: Kasih Amal 2018 ini adalah merupakan anjuran pelajar kelas DLS2A, DLS2B & Unit Hal Ehwal Pelajar, Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB). Program ini diadakan di Rumah Kebajikan Anak Yatim di Mersing, Johor pada 18 Ogos 2018. Seramai 63 orang pelajar terlibat dalam program ini.
    Program ini bertujuan untuk merapatkan ikatan ukhuwah antara pelajar PMJB dan anak-anak yatim. Pelajar berpeluang mendekatkan diri dengan anak-anak yatim bagi meningkatkan prestasi, mendapat pengalaman dan melihat sendiri keadaan anak- anak yatim yang berada di sana. Selain itu, melalui Program ini para pelajar dapat mengaplikasikan aspek pengurusan yang dipelajari semasa mengurus dan mengendalikan Program di sana. Pelajar juga dapat mencorak sahsiah terpuji dalam diri mereka dengan aktiviti yang dilakukan bersama. Malah, dapat meningkatkan motivasi dalam diri pelajar.
    Kami telah diberi kebenaran untuk menjalankan aktiviti bersama-sama anak-anak yatim di sana dan ianya amat berguna dan membantu kami dalam menjalankan Program dan mencapai objektif program kami. Program ini telah membina hubungan kasih sayang yang lebih erat antara kami sesama pelajar dan penghuni rumah anak yatim. Ianya secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran pelajar betapa pentingnya menjaga dan menjalinkan hubungan kasih sayang sesame insan.

       

  • Kursus "Positive Attitude In Career Enhancement For Future Logistics Employee"

    Adakah bakat, kebolehan atau ada sebab-sebab lain yang menjadi faktor perkembangan kerjaya seseorang? Sebenarnya tidak, ini kerana sikap individu itu sendiri lebih memainkan peranan besar dan pengaruh kuat ke atas seseorang. Sehubungan itu, Jabatan Akademik melalui program Diploma Pengurusan Logistik dan Rangkaian Bekalan telah mengadakan kursus bertajuk “Positive Attitude in Career Enhancement For Future Logstics Employee”.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Kursus "Current Trends In Apply Decision-Making Support Systems In Logistics And Supply Chain Activities"

    Industri Logistik dan Pengangkutan telah menyaksikan beberapa perubahan dan trend yang menarik. Permintaan semakin meningkat, corak penggunaan baru, era perdagangan digital dan cabaran perjanjian perdagangan global terkini. Kesemua ini telah memberi kesan kepada pergudangan dan pengangkutan. Selain itu, fasiliti ini turut berkembang selari dengan e-Commerce yang memerlukan penghantaran cepat kepada pengguna.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Tawaran Kemasukan Program DIPLOMA secara separa masa sesi Disember 2017

    newUntuk maklumat lanjut sila klik disini : iklan KSS

    kss

  • PERTANDINGAN INOVASI & KREATIVITI @PMJB PERINGKAT KEBANGSAAN 2016 (PNiCC’16)

    Pertandingan Inovasi & Kreativiti @PMJB Peringkat Kebangsaan 2016 (PNiCC’16) ialah satu jenama pertandingan baharu Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) untuk mempamerkan penghasilan produk inovasi pelajar dan pendidik yang berkualiti. PNiCC’16 dilaksanakan pada 29 Ogos 2016 di PMJB dan merupakan anjuran PMJB bersama Pejabat Adun Tanjong Puteri. Pertandingan ini telah berjaya menarik sebanyak 40 penyertaan yang melibatkan penyertaan di kalangan pelajar dan warga akademik Politeknik, Kolej Komuniti, Kolej Vokasional dan MRSM.

    Daftar untuk baca lagi...

  • PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG

    PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN DAN KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
     
    Malaysia merupakan negara yang memiliki kemakmuran dimana rakyatnya berpeluang untuk menikmati pembangunan dan kemajuan setelah merdeka pada tarikh 31 Ogos 1957 dan penubuhan Malaysia pada 16 September 1963. Rakyat Malaysia terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman damai di bawah semangat 1Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita bukan sahaja perlu maju daripada segi fizikal, tetapi juga maju dari segi pemikiran, bertatasusila serta bertamadun tinggi.

    Daftar untuk baca lagi...

  • AUDIT DALAMAN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    AUDIT DALAMAN POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    Audit Dalaman Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah dilaksanakan bermula pada 15-18 Ogos 2016. Objektif audit adalah bagi menilai kecekapan dan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti PMJB berdasarkan Keperluan ISO 9001:2008 dan MS 1900: 2014. Skop pengauditan melibatkan proses Perkhidmatan Pendidikan Peringkat Diploma dan Sokongan di bahagian/unit yang dikenalpasti. Seramai 22 orang juruaudit diketuai oleh Puan Nurlinda Binti Abdullah telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai juruaudit dalam PMJB bagi memastikan tahap kualiti perkhidmatan PMJB pada tahap yang cemerlang serta mematuhi keperluah Syariah.

     

    Daftar untuk baca lagi...

  • LAWATAN AKADEMIK KE SCHAEFER SYSTEMS INTERNATIONAL SDN. BHD.

     LAWATAN AKADEMIK KE SCHAEFER SYSTEMS INTERNATIONAL SDN. BHD.
    ANJURAN PROGRAM DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANGKAIAN BEKALAN (DLS), PMJB

    Satu lawatan akademik telah dibuat ke Schaefer Systems International Sdn. Bhd. (SSI), Simpang Renggam oleh pelajar DLS Semester 3B pada 10 Ogos 2016. Seramai 25 orang pelajar DLS 3B telah menyertai lawatan akademik ini beserta 3 orang pensyarah pengiring.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Lawatan Akademik Ke PKT Logistics Group Sdn Bhd

    LAWATAN AKADEMIK KE PKT LOGISTICS GROUP SDN BHD

    Jabatan Akademik Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah menganjurkan Lawatan Akademik ke PKT Logistics Group Sdn Bhd yang telah berlangsung pada 19 Julai 2016 di Light House PKT Logistics Group, Shah Alam. Seramai 4 orang pensyarah dan 61 orang pelajar Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS) semester 2 telah mengambil bahagian bagi lawatan tersebut.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Program Keusahawanan Digital Kerjasama Jabatan Pendididkan Politeknik Dengan Malaysia Digital Economic Corporation Sdn. Bhd. (MDEC)

    PROGRAM KEUSAHAWANAN DIGITAL KERJASAMA JABATAN PENDIDKAN POLITEKNIK DENGAN MALAYSIA DIGITAL ECONOMIC CORPORATION SDN. BHD. (MDEC)
     
    Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) dengan kerjasama Malaysia Digital Economic Corporation Sdn. Bhd. atau MDEC (dahulu dikenali sebagai Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd.) telah menganjurkan Program Keusahawanan Digital pada 29, 30 dan 31 Julai 2016. Program ini telah diadakan serentak di semua politeknik dan kolej komuniti seluruh negara.

    Daftar untuk baca lagi...

  • MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PMJB 2016.

    MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PMJB 2016.

    Bagi bersama-sama menghayati sambutan perayaan Aidilfitri, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada 24hb Julai 2016 iaitu bersamaan hari Ahad. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri ini diadakan bersempena dengan bulan Syawal dan untuk meraikan para pelajar dan staff PMJB.

    Daftar untuk baca lagi...

  • MAJLIS KONVOKESYEN KE- 2 POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    MAJLIS KONVOKESYEN KE- 2
    POLITEKNIK METrO JOHOR BAHRU

    Politeknik METrO Johor Bahru dengan jayanya telah melaksanakan Majlis Konvokesyen Ke-2 pada tanggal 22 Mei 2016 (15 Syaaban 1437 Hijrah) di Hotel Selesa Johor Bahru. Ia merupakan suatu detik indah yang amat dinanti-nantikan oleh setiap mahasiswa amnya dan para graduan khususnya. Objektif utama majlis ini adalah untuk meraikan kejayaan para graduan di peringkat Diploma yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Majlis Penyerahan Sumbangan MISC Logistics Sdn Bhd Kepada Pelajar PMJB

    Seramai 16 orang pelajar PMJB terpilih untuk menerima sumbangan daripada MISC Logistics Sdn Bhd bagi Sesi Jun 2016. Sumbangan ini disalurkan kepada pelajar yang berkeperluan dan mempunyai sahsiah diri dan keputusan akademik yang baik. Ia juga merupakan salah satu Corporate Social Responsibility (CSR) yang dijalankan oleh MISC Logistics Sdn Bhd.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Program Let’s Explore English!.

    Unit Bahasa Inggeris, Jabatan Akademik Politeknik METrO Johor Bahru telah menganjurkan program Let’s Explore English! pada 27 dan 28 Julai 2016. Antara aktiviti-aktiviti Let’s Explore English! ialah:

    1. 27 Julai 2016: Newspaper in Education (NIE) bertempat di PMJB yang disertai oleh semua pelajar Semester 1. Program ini bagi memupuk semangat kerjasama berpasukan dalam mengendali dan melengkapkan aktiviti Bahasa Inggeris melalui permainan menggunakan surat khabar. 

    Daftar untuk baca lagi...

  • Pemakluman Alamat Baru Laman Web Jabatan Pendidikan Politeknik

    newPerhatian kepada semua kakitangan dan pelajar PMJB.

    Untuk makluman, alamat laman web baru Jabatan Pengajian Politeknik adalah www.mypoliteknik.edu.my yang membawa maksud Politeknik Malaysia. Harap Maklum.

  • Perhimpunan Bulanan Bil 3/2015 Dan Majlis Sambutan Aidilfitri Kelab Kebajikan & Puspanita Politeknik METrO Johor Bahru

    9hb Ogos 2015 - Bertempat di Politeknik METrO Johor Bahru telah berlangsung Perhimpunan Bulanan Bil 3/2015 Dan Majlis Sambutan Aidilfitri Kelab Kebajikan & Puspanita Politeknik METrO Johor Bahru. Majlis turut menerima kunjungan mesra dari Pengarah Politeknik Banting Selangor, YBRS.LT.KOL Bersekutu (PA) Hj Zulkifli bin Md Salleh dan isteri bagi sesi perkongsian ilmu.

    DSC 0047

    Daftar untuk baca lagi...

  • Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Dan Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru

    17 August 2014, telah berlangsung Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Dan Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru. Majlis dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia YBhg. Datuk Hj Mohlis Bin Jaafar, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional Tn. Hj. Azizi Bin lin, Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru Tn. Haji Zairon bin Mustapha, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu En. Roslee bin Yahya dan Pengarah Politeknik Ibrahim Sultan En Mohd Hatta Bin Zainal.

    IMG 9424

    Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru

    Daftar untuk baca lagi...

  • Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan Perhimpunan Bulanan PMJB

    Pada 19 Ogos 2013, Sempena bulan kemerdekaan 2013 Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) telah mengadakan Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang dan Perhimpunan Bulanan  bertempat di Tempat letak kereta PMJB yang telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Encik Roslee Bin Yahya. Turut berlangsung juga majlis penyerahan bendera Kemerdekaan nMalaysia Ke-56 kepada semua warga PMJB.

    kibar

    Daftar untuk baca lagi...

  • Program Ihya Ramadhan

    Sempena Bulan ramadhan yang akan disambut oleh seluruh umat Islam, Jawatankuasa Pelajar Pusat Islam Politeknik METrO Johor Bahru telah mengajurkan 'Program Ihya Ramadhan' untuk seluruh warga Politeknik METrO Johor Bahru. Pelbagai aktiviti agama telah dijalankan antaranya adalah solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar jamaie. 'Program Ihya Ramadhan' ini dijalankan bertujuan bagi membudayakan penghayatan dalam ibadat berpuasa di bulan Ramadhan disamping menyemarakkan rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan oleh al-Quran. Selaras dengan saranan Rasullulah SAW, Program Ihya Ramadhan ini dapat menyuburkan budaya membaca al-quran serta memotivasikan siswa dan siswi PMJB dengan sumber motivasi yang agung daripada Al-Quran dan As-sunnah disamping dapat menjana akhlak Islamiah dalam diri siswa dan siswi serta warga PMJB.

    IMG 5335

    IMG 5365

    Daftar untuk baca lagi...