Politeknik METrO Johor Bahru

Font Size

Cpanel
Tapis
  • Majlis Apresiasi Politeknik METrO Johor Bahru 2018

  • Majlis 2018

  • Montaj Majlis Konvokesyen Ke-4 Politeknik METrO Johor Bahru

  • Karnival@PMJB 2018

    KARNIVAL@PMJB 2018
    14 MAC 2018
    POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU

    Karnival@PMJB 2018 ini merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pelajar Politeknik METrO bukan sahaja untuk mempamerkan bakat berniaga malahan menunjukkan bakat mereka dalam bidang yang pelbagai. Melalui program ini, pelajar PMJB diberi peluang untuk mengaplikasikan dan mempraktikkan proses pengurusan sesuatu perniagaan seperti merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal perjalanan perniagaan, pelajar dapat juga melatih diri untuk bekerja dalam kumpulan. Selain itu, program ini merupakan satu langkah ke arah usahasama positif diantara PMJB dan FAMA di mana pelajar akan dapat melihat sendiri bagaimana usahawantani menjalankan perniagaan mereka. Program ini bertujuan untuk:

    1.1 Memupuk sifat keusahawanan dan holistik kepada pelajar serta mendedahkan mereka dengan realiti dan cabaran dalam dunia sebenar.
    1.2 Mensasarkan penyertaan 100% pelajar dari Diploma Keusahawanan, Diploma Perbankan Islam dan Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan dalam program yang dianjurkan ini.
    1.3 Mensasarkan keuntungan bagi setiap gerai (setiap kelas) sebanyak 30% daripada modal yang telah disumbangkan.
    1.4 Mewujudkan satu suasana persaingan yang sihat di kalangan pelajar-pelajar dan di kalangan peniaga luar.

    Karnival ini telah dihadiri oleh Puan Hajah Saadiah Binti Hussein (wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri, Tanjung Puteri), Puan Nur Syakirah Binti Alwi (Wakil Timbalan Pengarah FAMA), Puan Nurfarahin Bt Haron (wakil Dato’ Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru), Puan Azielina binti Mohd (Wakil Pengarah Politeknik Mersing (PMJ)), En. Md Nor Bin Abdul Halim (Pengarah KK Ledang), Pn. Hanirah Binti Mohamad Nur (Wakil Pengarah KK Kota Tinggi) dan En. Abdul Malek Bin Hassan (Politeknik METrO Tasek Gelugor (PMTG). Selain itu, penceramah yang dijemput bagi menjayakan karnival@PMJB ini adalah Dr Umar Haiyat Abdul Kohar (UTM) bagi Bengkel Business Pitching, En. Mohamad Noralam Bin Sahroni dari E Office Agro Plantations (Usahawatani) bagi Bengkel Teknik Asas Semaian Fertigasi & Nutripot, En. Khairul Asyraf (PUNB Kuala Lumpur) bagi ceramah “Business Sambil Belajar, Satu Peluang” dan Tuan Hj Ahmad Fazil Bin Miswan bagi Ceramah Pendidikan Pencegahan Dadah.

    Secara keseluruhannya, program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Majlis Perasmian Penutup program ini telah dirasmikan oleh wakil rasmi Ahli Dewan Undangan Negeri, Tanjung Puteri, Puan Hajah Saadiah Binti Hussein bersama dengan Wakil Timbalan Pengarah FAMA, Puan Nur Syakirah Binti Alwi dan Pengarah Politeknik METrO Johor Bahru, Tuan Haji Azirin Bin Abdul Aziz. Semasa perasmian penutup program ini, turut diadakan pelancaran bagi Kelab Myagroasis atau Kelab Usahawan Graduan Pertanian yang bertujuan untuk melahirkan usahawan dikalangan pelajar dan juga Logo Dan Slogan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang merupakan inisiatif MAMPU untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dan meningkatkan imej korporat. Majlis Perasmian Penutup ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang- pemenang Perfect Pitch Award@Johor Edition 2018, Pertandingan Kompang Formation, Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan EKSA PMJB dan pemenang sempena Minggu Sukan dan Kokurikulum PMJB. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana ia melibatkan bukan sahaja pelajar tetapi juga agensi-agensi dan komuniti setempat. Selain daripada membantu menyerlahkan bakat keusahawanan pelajar dan berkongsi ilmu pengetahuan bersama komuniti, program ini juga mengeratkan hubungan di antara pihak institusi dengan agensi-agensi luar dan juga komuniti setempat.

    Disediakan oleh: Diana Lee Phooi Yan

    Setiausaha Program

    1.0 BUTIRAN PEMENANG PERTANDINGAN/ AKTIVITI

    Perfect Pitch Award@Johor Edition 2018
    Anugerah Nama Hadiah

    Juara

    Kumpulan JUDEN (Jubah Moden) dari Politeknik METrO Johor Bahru Wang tunai RM 300 dan sijil penghargaan

    Naib Juara

    Kumpulan Traveller Kit for Solat dari Kolej Komuniti Kota Tinggi Wang tunai RM 250 dan sijil penghargaan

    Tempat Ke-3

    Kumpulan Perkhidmatan Pendingin Udara dari Kolej Komuniti Batu Pahat Wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan
    Saguhati 1) Kumpulan Tepung Magiz Pizza dari Kolej Komuniti Kota Tinggi

    2) Kumpulan Mr Gourmet dari Kolej komuniti Bandar Tenggara

    3) Kumpulan Pakej Pelancongan (Fruit Tours) dari Politeknik Ibrahim Sultan.

    Wang tunai RM 100 dan sijil penghargaan

    Pertandingan Kompang Formation
    Anugerah Nama Hadiah

    Juara

    Kumpulan Kompang NC KG. Bendahara Wang tunai RM 300 dan sijil penghargaan

    Naib Juara

    Kumpulan Lenchana Muda Wang tunai RM 250 dan sijil penghargaan

    Tempat Ke-3

    Persatuan Kompang P.D.M.

    Wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan
    Pemenang saguhati 1) Kumpulan Enjit- enjit Semut
    2) Kumpulan Ala Hitam
    Wang tunai RM 100 dan sijil penghargaan
    Pertandingan Mencipta Logo dan Slogan EKSA Politeknik MEtrO Johor Bahru
    Nama Hadiah
    1) Saudara Mohd. Syahmi Bin Azmi

    2) Mohd Amir Daniel Bin Mohd Fauzi

    3) Nur Aiman Bin Nasimin

    Wang tunai RM 200 dan sijil penghargaan

    Objektif Pertandingan

    a. Membangunkan imej EKSA di Politeknik METrO Johor Bahru.

    b. Memberi peluang kepada semua pelajar PMJB untuk mengetengahkan tahap kreativiti dalam mencipta Logo dan Slogan EKSA.

    Logo dan Slogan EKSA PMJB

    Logo Eksa

    Minggu Sukan dan Kokurikulum PMJB
    Sukan Nama Hadiah
    Futsal Pasukan WBL FT

    Hamper dan medal

    Bola Jaring Pasukan Bola Jaring Semester 2

    Catur

    Kategori lelaki:

    Muhammad Faiz Bin Ismail (DLS 2B)

    Kategori Perempuan:

    Nur Izni Binti Rozi (DEN 2)

    Ping Pong

    Kategori lelaki:

    Afiq Azri Bin Muhamad Khuairi (DIB4B)

    Kategori Perempuan:

    Siti Nur Zaharah Binti Azan (DIB3A)

    2.0 LAPORAN HASIL JUALAN PELAJAR DI KARNIVAL@PMJB 2018

     

     Bil. Kelas Modal Jualan Hasil Jualan Pencapaian Keuntungan (30%)
    1.  MPP  RM100.00  RM102.00 GAGAL
    2.  DLS1A RM200.00  RM629.50  BERJAYA
    3.  DLS1B  RM140.00 RM130.00  RUGI
    4.  REFLEKIDZ RM100.00  RM216.00  BERJAYA
    5.  DLS2B RM270.00  RM761.40  BERJAYA
    6.  DLS3A RM20.00  RM352.00  BERJAYA
    7.  DLS3B RM120.00  RM112.00  RUGI
    8.  DEN1A RM200.00  RM186.00  RUGI
    9.  DEN2A RM100.00  RM252.00  BERJAYA
    10.  JPPI RM200.00 RM238.00  GAGAL
    11.  DIB1A RM100.00  RM262.00  BERJAYA
    12.  DIB2A RM200.00  RM260.00  BERJAYA
    13.  DIB3A RM300.00  RM509.50  BERJAYA
    14.  DIB3B RM248.00  RM273.00  GAGAL
    15.  DIB4A RM150.00  RM321.00  BERJAYA
    16.  DIB4B RM150.00  RM474.00  BERJAYA

     

    Gambar Aktiviti

    29178947 2009059219136664 339247457982480384 n 29178027 2009059332469986 1723027126946365440 n
    29216683 2008901882485731 4728020537693962240 n 29137090 2008901979152388 4283363106115026944 n

    Suasana gerai-gerai jualan pelajar dan gerai My Best Buy oleh FAMA

    29177167 2009050229137563 4933586820760862720 o
    Bengkel Teknik Asas Semaian Fertigasi & Nutripot oleh Usahawatani berjaya, En. Mohamad Noralam Bin Sahroni di KARNIVAL@PMJB 2018

    Bil.

    Kelas

    Modal Jualan

    Hasil Jualan

    Pencapaian Keuntungan (30%)

    1.     

    MPP

    RM100.00

    RM102.00

    GAGAL

    2.     

    DLS1A

    RM200.00

    RM629.50

    BERJAYA

    3.     

    DLS1B

    RM140.00

    RM130.00

    RUGI

    4.     

    REFLEKIDZ

    RM100.00

    RM216.00

    BERJAYA

    5.     

    DLS2B

    RM270.00

    RM761.40

    BERJAYA

    6.     

    DLS3A

    RM20.00

    RM352.00

    BERJAYA

    7.     

    DLS3B

    RM120.00

    RM112.00

    RUGI

    8.     

    DEN1A

    RM200.00

    RM186.00

    RUGI

    9.     

    DEN2A

    RM100.00

    RM252.00

    BERJAYA

    10. 

    JPPI

    RM200.00

    RM238.00

    GAGAL

    11. 

    DIB1A

    RM100.00

    RM262.00

    BERJAYA

    12. 

    DIB2A

    RM200.00

    RM260.00

    BERJAYA

    13. 

    DIB3A

    RM300.00

    RM509.50

    BERJAYA

    14. 

    DIB3B

    RM248.00

    RM273.00

    GAGAL

    15. 

    DIB4A

    RM150.00

    RM312.00

    BERJAYA

    16. 

    DIB4B

    RM150.00

    RM474.00

    BERJAYA

  • Kursus "Supply Chain Performance Measurement Perform-Balanced Scorecard"

    Kursus “Supply Chain Performance Measurement Perform-Balanced Scorecard” telah diadakan bagi mengukuhkan pengetahuan pelajar mengenai bagaimana prestasi rangkaian bekalan diukur dari pandangan industri. Ia merupakan sub topik dalam kursus DPL5013 Fundamentals of Supply Chain Management.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Kursus "Discover Financing Schemes Provided For Exporters And Importers"

    Kursus bertajuk “Discover Financing Schemes Provided For Exporters And Importers” telah dilaksanakan bagi memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai jenis-jenis pembiayaan bagi pengimport dan pengeksport yang terlibat dalam industri logistik dan rangkaian bekalan.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Kursus "Apply Decicion-Making Support Systems In Logistics And Supply Chain Activities"

    Kursus bertajuk “Apply Decision-Making Support Systems in Logistics And Supply Chain Activities” telah dilaksanakan bagi memantapkan ilmu dan kreativiti pelajar sebelum mereka melangkah ke industri untuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran WBL.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Maklumat Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Disember 2017

    newTahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya ditawarkan ke Politeknik METrO Johor Bahru Sesi Disember 2017. Sila muat turun maklumat pendaftaran disini;

    MAKLUMAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2017

    PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI DISEMBER 2017

  • Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti MS1900:2014 & iso 9001:2008 Oleh Sirim

    Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) sedang berusaha mengekalkan pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900:2014 dan ISO 9001:2008. Sehubungan itu tanggal 12-13 Oktober 2016, pihak SIRIM telah melaksanakan Audit Pemantauan di PMJB dengan jayanya. Pasukan audit daripada pihak SIRIM terdiri daripada Pn. Hajah Hanida Binti Ghazali (Ketua pasukan audit), Pn. Asiyah Binti Haron (Ahli pasukan audit) dan Dr. Mohd Nazri Bin Mohd Noor (Pakar Teknikal Shariah).

    Daftar untuk baca lagi...

  • Lawatan Akademik : Eksplorasi Komunikasi Penyiaran Islam

    UNIT PENGAJIAN UMUM, JABATAN AKADEMIK PMJB
    TARIKH PELAKSANAAN:
    5-6 OKTOBER 2016


    Lawatan Akademik Eksplorasi Komunikasi Penyiaran Islam yang di anjurkan oleh Unit Pengajian Umum, Jabatan Akademik PMJB, dibawah kelolaan Ustaz Khairul Nizam B  Mohd Khalid telah berlangsung pada 5 & 6 Oktober 2016. Lawatan ini melibatkan 90 orang pelajar bagi kedua- dua program diploma yang mengambil kursus/ modul DUA 6022 Komunikasi & Penyiaran Islam. 4 orang pensyarah pengiring turut serta dalam mengawalselia lawatan akademik ini ialah En Khairul Nizam B Mohd Khalid, En Mohd Fazrin B Hamdan, Pn Elyn Bt Mohd Ridzwan dan Pn Azrina Dullah Hussein.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Program Lawatan Akademik Ke Sedili Wetland, Kota Tinggi, Johor

    Unit ko-kurikulum, Politeknik METrO Johor Bahru telah mengadakan satu lawatan akademik ke Sedili Wetland, Kota Tinggi, Johor pada 06hb Oktober 2016 (Khamis). Program ini melibatkan seramai 27 orang pelajar ko-kurikulum DRK3132 – Mesra Alam bersama-sama dengan 3 orang pensyarah pengiring.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Perutusan Pengarah Bulan Oktober 2016

     aslm

     

    Bulan ini saya ingin memberi perhatian yang lebih sedikit kepada anak-anak di PMJB. Ini tidak bermaksud kasih sayang dan penghormatan saya telah berkurangan kepada pensyarah dan staf semua. Hanya Oktober ini ada hari istimewa untuk anak-anak kita. Mari kita mengalihkan sebentar perhatian, tumpuan, keperihatinan, kasih sayang dan doa kita kepada anak-anak PMJB yang sedang meniti hari-hari akhir sebelum memulakan Peperiksaan Akhir Sesi Jun 2016 mulai 22 Oktober 2016 – 05 November 2016.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Pertandingan EDOLA 2016 (CIDOS Inspiring Learning Awards)

    Tahniah PMJB!
    Pertandingan EDOLA 2016 (CIDOS Inspiring Learning Awards)
    Tempat kedua bagi EMCC (E-Micro Content Competition) kategori video. Setinggi penghargaan buat pelajar DLS PMJB Mohd Afif Iqbal, Mohd Naqib dan Mohd Syahidan,
    Tahniah juga diucapkan kepada pelajar DLS PMJB yang tercalon di dalam kategori yang sama iaitu Janani a/p Muthusamy, Fatimah bt Abu Bakar dan Nor Aliah bt Mohd Ali.

    Daftar untuk baca lagi...

  • Karnival Kerjaya Keusahawanan Dan Kolaborasi 2014 Peringkat Kebangsaan "CEC 2014"

    Daftar untuk baca lagi...

  • Pogram Simposium Pembangunan Usahawan Tani (SiPUT) di Politeknik Nilai Negeri Sembilan

    Pada 6 September 2013 hingga 10 September 2013, telah berlangsung Program Simposium Pembangunan Usahawan Tani Berasaskan Teknologi Pertanian dan Industri Asas Tani (SiPUT) di Politeknik Nilai Negeri Sembilan khusus bagi pelajar politeknik zon tengah dan zon selatan. Program ini melibatkan pembabitan 12 buah politeknik secara keseluruhannya. Program yang berlangsung selama 5 hari ini merupakan program yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan pembudayaan kepada siswazah Politeknik Malaysia yang berminat dalam keusahawanan agro. Program ini berkonsepkan pendedahan ilmu serta latihan berdasarkan kerja amali dalam dunia keusahawanan berdasarkan perlaksanaan Business Model Canvas (BMC). Seramai 12 orang pelajar dari Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), 5 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan telah menglibatkan diri secara aktif dengan bimbingan Pengawai Pengiring, Ketua Jabatan PMJB Puan Hajjah Fatimah binti Hussein bagi menjayakan perjalanan pogram ini.

    Majlis penutup telah Program SIPUT 2013, Kumpulan (Junior Entrepeneur) dari Politeknik METrO Johor Bahru telah menjuarai keseluruhan cabaran program SiPUT 2013. Kumpulan (Junior Entrepeneur) diketuai oleh Muhamad Zukki bin Johari dengan projek perlaksanaan BMC berkenaan perniagaan produk dan perkhidmatan kedai cupcake serta penghasilan produk 'cupcake herba' berasaskan inovasi produk dari sumber hasil pertanian.

    siput9

    Peserta dari Politeknik METrO Johor Bahru bersama Pegawai Pengiring, Puan Hajah Fatimah binti Hussein

    Daftar untuk baca lagi...

  • ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (PRA DIPLOMA POLITEKNIK

    Arahan-arahan peperiksaan dan kaedah penilaian pra

    ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN (PRA DIPLOMA POLITEKNIK

    Dikeluarkan Oleh :

    Bahagian Peperiksaan dan Penilaian

    Jabatan Pengajian Politeknik

  • ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

    Arahan-arahan peperiksaan dan kaedah penilaian

    ARAHAN-ARAHAN PEPERIKSAAN DAN KAEDAH PENILAIAN

    Dikeluarkan Oleh :

    Bahagian Peperiksaan dan Penilaian

    Jabatan Pengajian Politeknik

  • Program Gerak Usahawan Kampus 2016

    Politeknik METrO Johor Bahru telah menganjurkan Program Gerak Usahawan Kampus 2016 (Zon Selatan) pada 29 September 2016. Program keusahawanan ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar serta menerapkan unsur-unsur teori dan praktikal keusahawanan kepada peserta khususnya dari politeknik zon selatan. Selain penglibatan Politeknik Ibrahim Sultan dan Politeknik Mersing, program ini juga telah melibatkan komuniti setempat.

    Daftar untuk baca lagi...